Posts
Showing posts from December, 2017
KEK KEJU
- Get link
- X
- Other Apps
Kek keju perlu dibakar menggunakan teknik steam bake iaitu acuan perlu diletakkan dalam dulang pembakar yang berisi air. Cara ini dapat melembabkan kek keju yang dibakar. Gunakan api atas bawah supaya kek masak dengan sekata. Jangan lupa untuk membalut bawah acuan kek dengan plastik pembungkus bagi menghalang air dari masuk ke dalam acuan semasa membakarnya. Jika menggunakan pembalut aluminium pastikan ia tidak terkoyak. Tanda kek yang telah masak adalah dengan melihat kek menjadi hampir perang tetapi di tengahnya sedikit lembab dan bergoyang sedikit seperti jeli tetapi tidak berair. Jangan risau ia akan keras apabila anda menyimpannya di dalam peti sejuk. Padamkan suis dan biarkan kek di dalam ketuhar seketika sambil pintu ketuhar dibuka. Cara ini dapat mengelakkan kek menjadi retak di tengahnya. Kek keju lebih sesuai dipotong selepas beberapa jam disimpan dalam peti sejuk tetapi saya cadangkan simpan semalaman msupaya tekstur kek memadat dan ini akan memudahkan kek dipotong d...
PENGENALAN KEK KEJU
- Get link
- X
- Other Apps
Penemuan sebuah buku tentang seni membuat kek keju yang ditulis oleh seorang ahli fizik Greek menguatkan lagi fakta yang kek keju sebenarnya telah lama wujud iaitu sejak dari zaman Greek lagi. Kek keju diperbuat daripada keju lembut seperti ricotta, mizithra, mascarpone dan neufchâtel tetapi jenis keju yang sering digunakan untuk membuat kek ini adalah daripada keju krim (cream cheese). Pasti ramai yang menggemari dengan keenakan kek keju bakar. Jadi, minggu ini saya akan berkongsi tip-tip membuat kek keju bakar iaitu kek keju New York. Membuat kek keju bakar sebenarnya mudah. Untuk mendapat hasil terbaik anda hanya perlu mengikuti teknik dan memahami kaedah membuatnya dengan betul.