KEK KEJU
Kek keju perlu dibakar menggunakan teknik steam bake iaitu acuan perlu diletakkan dalam dulang pembakar yang berisi air. Cara ini dapat melembabkan kek keju yang dibakar. Gunakan api atas bawah supaya kek masak dengan sekata. Jangan lupa untuk membalut bawah acuan kek dengan plastik pembungkus bagi menghalang air dari masuk ke dalam acuan semasa membakarnya. Jika menggunakan pembalut aluminium pastikan ia tidak terkoyak.
Tanda kek yang telah masak adalah dengan melihat kek menjadi hampir perang tetapi di tengahnya sedikit lembab dan bergoyang sedikit seperti jeli tetapi tidak berair. Jangan risau ia akan keras apabila anda menyimpannya di dalam peti sejuk. Padamkan suis dan biarkan kek di dalam ketuhar seketika sambil pintu ketuhar dibuka. Cara ini dapat mengelakkan kek menjadi retak di tengahnya. Kek keju lebih sesuai dipotong selepas beberapa jam disimpan dalam peti sejuk tetapi saya cadangkan simpan semalaman msupaya tekstur kek memadat dan ini akan memudahkan kek dipotong di samping tidak mudah pecah.

Comments
Post a Comment